20 de septiembre de 2024

Extraterrestres

Informaciones Exclusivas sobre extraterrestres y ovnis en todo el mundo.

India kerah jet tempur buru UFO

India kerah jet tempur buru UFO

NEW DELHI – Dua jet tempur Tentera Udara India dikerahkan kelmarin bagi mencari objek terbang tidak dikenali (UFO) yang didakwa dilihat berhampiran lapangan terbang Imphal, Manipur, lapor laman berita Mint. Jet itu dikerah untuk misi tersebut selepas tentera udara negara itu menerima maklumat berhubung penampakan UFO berkenaan. Objek terbang itu didakwa dilihat sekitar pukul 2.30

NEW DELHI – Dua jet tempur Tentera Udara India dikerahkan kelmarin bagi mencari objek terbang tidak dikenali (UFO) yang didakwa dilihat berhampiran lapangan terbang Imphal, Manipur, lapor laman berita Mint.

Jet itu dikerah untuk misi tersebut selepas tentera udara negara itu menerima maklumat berhubung penampakan UFO berkenaan.

Objek terbang itu didakwa dilihat sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan), manakala beberapa penerbangan komersial dilaporkan turut terjejas.

Bercakap kepada agensi berita ANI, sumber-sumber pertahanan berkata: “Sejurus selepas maklumat mengenai UFO berhampiran lapangan terbang Imphal diterima, sebuah pesawat pejuang Rafale dari pangkalan udara berdekatan bergegas untuk pergi mencari UFO itu.”

Menurut mereka, pesawat yang dilengkapi dengan sensor canggih itu terbang pada aras rendah di sekitar lapangan terbang tersebut tetapi ia tidak menemui UFO yang dimaksudkan.

“Selepas pesawat pertama kembali, sebuah lagi jet pejuang Rafale dihantar untuk melakukuan misi mencari tetapi UFO tidak kelihatan di sekitar kawasan itu,” ujar mereka.

Terdapat video menunjukkan UFO terbang di atas lapangan terbang itu yang menyebabkan maklumat terperinci mengenainya perlu disiasat oleh pihak berkenaan.

Beberapa jam selepas operasi mencari itu ditamatkan, Pusat Pemerintah Timur Tentera Udara India yang beribu pejabat di Shillong berkata, ia telah mengaktifkan mekanisme tindak balas pertahanan udaranya.

Namun, badan tersebut tidak memberikan sebarang butiran khusus mengenai langkah yang diambil. – AGENSI